Restoran ini terletak di KM 5, Jalan Ayer Keroh, Lot 2436 Mukim Baru, Daerah Melaka Tengah, 75450 Melaka. Alamat tidak rasminya, berhadapan dengan Mahkamah Tinggi Melaka. Kami sekeluarga memang gemar makan di sini disebabkan menunya yang menyelerakan. Anak-anak kami gemar makan grilled chicken chop di sini..
|
Pandangan depan pada jam 6.30 petang |
|
Pandangan depan pada pukul 7.30 malam |
Kami memang rancang untuk makan lewat petang kerana anak-anak kami tidur awal. Jika kami makan selepas solat maghrib, alamatnya semua meragam dan makanan yang dipesan pun tidak dapat di makan dengan berseleranya. Menu yang kami pesan adalah seperti yang tertera di gambar bawah..
|
Chicken chop, mee hailam, nasi goreng kampung, curl fries dan mushroom soup |
Itulah menu yang kami pilih.. Nyum2.. Ini pula senarai menu yang telah disediakan oleh pihak restoran.
nyum....sedapnya
ReplyDelete