Port Dickson

Port Dickson

Pintu Gerbang
Pada cuti pertengahan tahun yang lalu, kami telah memilih percutian budget ke Port Dickson atau lebih dikenali dengan Bandar Tentera Darat. Kami menetap di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson. Biliknya agak selesa untuk kami bertujuh.

Kad kunci
Kami bersarapan di Hotel Seri Malaysia. Pakej diberi untuk 3 dewasa. Kami hanya perlu tambah RM9 seorang untuk kanak-kanak. Menu yang disediakan ialah nasi lemak dengan ikan tongkol masak lomak cili api.
Cafe Hotel Seri Malaysia
Pada sebelah paginya, kami pergi mandi manda di pantai yang terletak berhadapan dengan hotel. Tapi, kena menyeberangi jalan raya laa.. Bila pergi pantai pagi-pagi, suasanya amat mendamaikan kerana cuaca masih redup lagi.
Pasir pantai yang halus
Suasana waktu pagi
Pelampung dibawa dari rumah
Kira-kira jam 10.00 pagi, kami balik semula ke hotel kerana cuaca mulai panas. Anak-anak sambung mandi mandi di kolam hotel yang disediakan. Saya, ibu dan baby hanya tinggal di bilik untuk menyiapkan diri dan mengemaskan barang-barang untuk pulang. Kami meninggalkan hotel pada jam 11.30 pagi dan bertolak ke Muzium Tentera Darat.
Meriam

Kereta Api

Truck

Muzium

Muzium

Kereta kebal

Jet


Terowong

Keadaan dalam terowong


Tiada bayaran dikenakan untuk masuk. Kepada pencinta sejarah, bolehlah bawa keluarga melawat ke sini. Sangat sesuai untuk kanak-kanak menambahkan ilmu pengetahuan mereka..



No comments:

Post a Comment