Nasi Bamboo

Keunikan Nasi Bamboo Sungai Klah - Jelajah Maya


Boleh pilih tempat duduk
Pada tahun 2018, saya dan keluarga merancang percutian ke utara. Dalam pada masa yang sama, saya telah membuat jadual untuk singgah makan tengah hari di Nasi Bamboo Sungai Klah yang terletak di Sungkai. Jika kita dari selatan, kita bolehlah keluar di Tol Sungkai, untuk sampai ke sini. Kami bergerak dari rumah seawal 7 pagi dengan harapan untuk sampai di sini seawal yang mungkin. Cara family kami, untuk pergi ke tempat-tempat yang tular di media sosial kita hendaklah sampai awal untuk mengelakkan kesesakan yang melampau. Alhamdulillah, kami tiba di sini seawal 9.30 pagi. Restoran ini masih belum dibuka kerana waktu urusniaga bermula 10,30 pagi hingga 6 petang. Kami mengambil peluang ini untuk berhenti rehat seketika di masjid yang berhampiran sambil mengerjakan solat sunat dhuha. 

Keadaan seawal 10.15 pagi




Kami datang semula ke sini pada jam 10.15 pagi. Keadaan agak lengang. Hanya terdapat beberapa kumpulan bikers yang baru tiba. Kami berpeluang untuk memilih tempat duduk yang disukai. Di sini menu utama nya ialah nasi bamboo dengan pelbagai jenis lauk pauk tradisional yang dihidangkan. Rasanya sungguh menyelerakan. 

 
ABC pun ada

Ini antara menu yang kami pilih. Kami pun tak tahu nak pilih menu apa memandangkan banyak sangat pilihan..
Keadaan pada jam 11 pagi

Kami masih merancang, bilakah tarikh yang sesuai untuk kami berkunjung ke sini lagi... Untuk pengetahuan umum, restoran ini ditutup pada hari jumaat. Rancang perjalanan anda agar tidak kecewa.
     

No comments:

Post a Comment