Gotong-royong Tahun 6

Mengecat Pintu Dewan Sekolah
Antara aktiviti selepas UPSR yang telah dirancang ialah gotong royong. Murid-murid tahun 6 dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut kelas masing-masing. Alhamdulillah, aktiviti ini berjalan dengan lancar.

Tahun 6 Wawasan Mengecat Kantin

Tahun 6 Bestari Mengecat Dewan Sekolah

Murid Tahun 6 Dedikasi Mengecat Batu
Sepanjang Jalan Masuk Sekolah







Aktiviti ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Semua murid dan guru-guru tahun 6 yang terlibat telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti ini dijalankan.








Menu Jamuan



















Selepas penat bertungkus lumus menjalankan aktiviti gotong-royong, guru-guru dan murid-murid yang terlibat, dihidangkan dengan makanan tengah hari. 

No comments:

Post a Comment