Hari Pertama (23 November 2015)
|
Lambang kemegahan Langkawi |
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahan rahmat Nya dapat kami sekeluarga sekali lagi menjejakkan kami di bumi bertuah, Langkawi ini buat kali yang kedua. Kami telah mengambil pakej percutian 3h2m, Kami pergi dengan menaiki kapal terbang di KLIA2.
Flight kami dijadualkan pada pukul 10.00 pagi. Seawal jam 4.30 pagi, kami telah terjaga dari tidur dan seterusnya membuat persiapan untuk ke KLIA2. Perjalanan kami ke KLIA2 mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jadinya kami perlu bertolah dari rumah selewatnya pada jam 6.00 pagi agar perjalanan kami lebih tenang dan selesa. Pada jam 7.05 pagi, kami berhenti sarapan di R&R Seremban. Kami memulakan perjalanan semula pada jam 7.35 pagi. Akhirnya, kami sampai di KLIA2 pada jam 8.45 pagi.
|
Menyelerakan.. |
|
Nasi Lemak Pak Nasir |
|
Kereta vios |
Inilah menu yang saya akan tempah setiap kali menaiki
flight AirAsia. Nasi Lemak Pak Nasir. Cubalah, bagi sesiapa yang belum cuba lagi.. Pasti nak lagi. Kalau
booking online harganya RM10. Kalau beli dalam
flight harganya RM15. Kalau tak silap saya la.. Dah terlupa sebab tiket di
booking setahun yang lepas. Sampai di LIA, saya terus berurusan dengan MRP Travel & Tours. Saya dikenakan bayaran RM600 untuk pakej 3h2m homestay + kereta vios.
|
Homestay Hj Murad |
|
Ni no direct contact pemilik homestay |
|
Signboard |
Kami berehat di homestay tersebut. Selepas solat, sekitar pukul 2.30 petang kami memulakan aktiviti melancong. Tempat pertama yang kami lawati ialah Taman Agroteknologi MARDI Langkawi. Kami dikenakan bayaran RM27, 3 dewasa dan 2 kanak-kanak. Kami dibawa menaiki tram sambil diberi penerangan tentang tanaman yang ada di sini oleh pegawai yang bertugas. Di tengah perjalanan kami berhenti sebentar di cafe dan di jamu dengan buah-buahan tempatan iaitu tembikai merah dan kuning, tembikai susu, belimbing batu dan nanas. Kami bukan sekaddar merasa, tapi makan hingga kenyang.
|
Harga tiket |
|
Menu buah-buahan yang disediakan |
|
Entrance |
Setelah penat meronda Taman Agrotek MARDI, kami pergi ke Underwater World. Ini kali kedua kami menjejakkan kaki di sini. Pada mulanya, rasa malas nak pergi ke sini. Tapi pergi jugalah sebab anak-anak seronok melihat ikan-ikan dan penguin. Bayaran bagi dewasa dengan menggunakan kad government RM26 dan kanak-kanak RM18. Jumlah bayaran kami RM132.. Uhuk2..
Hari Ke 2 (24 November 2015)
Seawal 7.00 pagi, suami saya telah membeli sarapan di gerai berhampiran. Kami memilih untuk makan di rumah memandang keadaan anak-anak kami yang masih kecil dan banyak ragamnya apabila makan di luar. Selepas bersarapan, kami bersiap untuk memeulakan aktiviti pada hari kedua. Pada pukul 8.45 pagi, kami bertolak ke Teluk Baru Jeti untuk aktiviti island hoping. Kami menggunakan khidmat RBY agency untuk aktiviti ini. Alhamdulillah perkhidmatannya memberi kepuasan kepada kami. Kami memilih untuk charter 1 bot untuk kami sekeluarga. Bayarannya RM250. Bolehlah pejamkan mata, asalkan kami sekeluarga selesa. Bot yang dipandu laju, membuatkan kami gerun pada awalnya. Lama-kelamaan, hilang rasa gerun timbul rasa seronok pula. Destinasi pertama kami ialah Tasik Dayang Bunting. Pada tahun 2004, tiada track untuk sampai ke tasik ini. Tapi kini kami terpaksa berjalan menerusi track yang memaksa kami naik dan turun tangga. Track ini dianggarkan 1.5km.. Lenguh kaki kami, rasa menggigil lutut. Untuk menjimatkan duit, dinasihatkan agar pelancong tidak membuka life jacket semasa pergi ke tasik ini. Ini kerana kita boleh mandi dan berendam di dalam kolam yang disediakan. Lebih-lebih lagi jika pergi bersama dengan anak-anak. Jika tiada life jacket, kita dikehendaki menyewa di gerai yang disediakan. Harga makanan dan minuman di sini agak mahal. Saya beli burger RM5 dan air minuman RM3..
|
Simbolik Dayang Bunting |
|
Pandangan Tasik Dayang Bunting dari atas |
|
Kolam yang disediakan |
Kami diberi tempoh selama 1 jam untuk berada di sini. Kami terlajak sedikit sebab terpaksa mengharungi
track yang mencabar itu. Destinasi island hoping yang seterusnya ialah ke Pantai Beras Basah. Masya Allah.. Pasir di pantai ini memang sangat cantik dan halus. Rasa macam pijak di atas tepung jek.
|
Istana Pasir |
|
Mandi manda |
Aktiviti terakhir untuk island hoping ini ialah
eagle feeding. Pemandu bot akan melemparkan kulit ayam ke dalam air untuk makanan si helang. Alasan mengapa diberi kulit ayam, pemandu bot berkata kulit ayam akan terapung di atas permukaan air, manakala isi ayam akan tenggelam. Helang akan menerpa ke arah kulit ayam tersebut. Sangat menghiburkan..
|
Helang menyambar kulit ayam |
Kami rasa sangat teruja sepanjang
island hoping ini.
No comments:
Post a Comment