Legoland

Entrance
Alhamdulillah, pada 5 Disember 2015 yang lalu berkat ihsan daripada kakak ipar saya yang belanja tiket ke sini, dapatlah kami sekeluarga menjejaki Legoland buat kali yang pertama. Sebelum datang ke sini, banyak komen-komen yang kami terima dari insan-insan sekeliling. Ada komen yang membina dan tak ketinggalan pula komen yang menghilangkan mood untuk datang ke sini. Walau apa pun, saya berfikiran positif. cuba dulu baru kita boleh membuat penilaian. Untuk sampai ke pintu masuk di atas, kami berjalan dari tempat parking kereta kira-kira 1km lebih. Mujur ada escalator. Kurang sikit penat berjalan. Bayaran parking ialah RM2 per entry. Perkara pertama yang bermain di minda semua orang sebelum ke sini adalah harga tiket, kan? Ini adalah harga tiket yang telah di tempah secara online:
                                                                        Dewasa : RM160
                                                                        Kanak-kanak : RM130
Water Theme Park
Semasa mengambil tiket di kaunter, kami di nasihatkan untuk pergi ke Water Theme Park dahulu. Ini kerana trend cuaca pada masa kini, hujan di waktu petang. Apabila hari hujan Water Theme Park ini akan ditutup.
Harga Tiket Water Theme Park
Air Dari Giant Bucket Melimpah
Kami menghabiskan masa hampir 2 jam di water theme park. Anak-anak kecil memang gemar berendam dan bermain air. Hampir kesejukan kami di sini.. Setelah itu kami pergi bersiar-siar di kawasan sekelilingnya.. Saya memang dah tak larat untuk meronda. Saya hanya duduk di tempat yang disediakan manakala akak ipar dan suami saya membawa anak-anak saya meronda.
Kedai cenderahti
Makanan alas perut

Roller Coaster
 Saya takut untuk menaiki roller coaster ni. Suami saya hanya membawa anak lelaki yang paling besar untuk menaiki. Saya dengar dan tengok suara orang terjerit pekik ketika menaiki roller coaster pun saya dah rasa seram.
Menu western

2 comments:

  1. Ajak la family Raudah datang ke sini.. In shaa Allah sungguh menyeronokkan..

    ReplyDelete