Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Colmar Tropicale Berjaya Hills French Village at Bukit Tinggi ...

Turun dari Strawberry Farm, kami terus check in di Colmar Tropicale Berjaya Hill di Bukit Tinggi. Masya Allah, pemandangan di sini sangat cantik. Ia dibina berkonsepkan perkampungan Perancis. Sangat teruja apabila kami sampai di sini. Kami tiba di sini pukul 4 petang. Kami menempah bilik 1 Bedroom Deluxe Suite. Bilik ini seakan sebuah rumah dilengkapi dengan ruang tamu dan ruang dapur dengan harga RM269 per night termasuk breakfast untuk 2 orang. Untuk keluarga besar seperti kami, memang berbaloi.

Kolam renang
Setelah berehat dan makan ketupat dan rendang yang dibawa, kami turun ke kolam renang. Air kolam tersebut, tidaklah sesejuk seperti yang kami bayangkan. Masih sesuai lagi untuk anak-anak mandi. 













Replika Kuda




Di sini terdapat pelbagai replika kuda dengan design yang cantik-cantik. Selepas penat mandi, kami terus naik ke bilik. Saya memang tidak merancang untuk makan malam di sini kerana harga makanan di sini agak mahal. Info daripada rakan saya, mereka sekeluarga 6 orang makan nasi lemak dengan jumlah kos RM180.. Agak memeranjatkan.. Di sini, restoran agak ekslusif dan harga agak mahal. Kami cuma baki bekalan yang dibawa beserta roti yang dibeli di Seven Eleven di sini. Selepas magrib, kami bersiar-siar di kawasan persekitaran. Agak malang sedikit kerana hujan gerimis. Lagi pun, cuaca agak gelap jadinya gambar yang diambil tidak menarik. Pada waktu malam, lampu-lampu dipasang di sekitar kawasan ini. Cantik..

Nasi lemak
Menu sarapan








Keesokan paginya kami berempat menikmati sarapan di dalam pakej yang disediakan. Menu yang dihidangkan menyelerakan kami. Kami rancang untuk mandi sejurus selepas bersarapan, rupanya amak-anak kami yang tinggal di bilik telah mandi di tub bilik mandi sahaja. Jadinya, kami hanya berkemas-kemas untuk check out dan bersiar-siar di kawasan Colmar Tropicale.










Pemandangan di sini sangat cantik. Jika ada peluang datanglah ke sini untuk ketenangan dan kedamaian..

No comments:

Post a Comment