Pada Mei 2018, saya telah diberi tanggungjawab untuk menghadiri kursus di Amansari Residense Resort. Memandangkan anak ke 5 saya masih berusia 8 bulan, saya terpaksa membawa 2 anak saya beserta suami saya untuk menghadiri kursus tersebut. Saya berkursus selama 3 hari 2 malam. Sebelum check in hotel, kami singgah lunch di Lan Coffee House di Pasir Gudang.
 |
Lan Coffee House |
 |
Bubur ayam |
 |
Nasi ayam |
Menu kegemaran kami ialah bubur ayam, nasi ayam dan mee goreng. Makanan di sini amat menyelerakan.
 |
Gerai No 1 |
Pada malam kedua kursus, saya diberi pelepasan untuk bersiar-siar di JB oleh pihak penganjur. Kami mengmbil kesempatan untuk menjamu selera bubur nasi di Sentosa Johor Bharu. Tempat makan kesukaan kami.
 |
Bubur nasi |
 |
Tambah lauk kesukaan |
Gerai-gerai makanan di sini dibuka pada waktu malam sahaja. Ini kerana pada waktu siang hari, kawasan ini sibuk dengan jualan deretan-deretan kedai yang terdapat di situ. Ini merupakan satu lagi tempat makan cadangan kami jika berkunjung di JB.
 |
Restoran Al Hanin |
Sebelum pulang, kami singgah makan nasi arab di Restoran Al Hanin yang terletak di Masai, Johor. Pemilik restoran ini adalah kawan baik suami saya. Rasanya memang tidak mengecewakan..
No comments:
Post a Comment