Perkahwinan Zahra

Kedai Hasil Laut Jamilah




Cuti persekolahan penggal ke 2 yang lepas, kami menghadiri majlis perkahwinan anak saudara kami di Seri Manjung, Perak. Kami bertolak pada hari Jumaat, 18 September 2015 jam 2.30 petang. Perjalanan kami dari Melaka terus melalui lebuh raya utara - selatan. Kami keluar di Tol Sungkai pada jam 5.15 petang. Kami tiba di homestay jam 8.15 malam.
  Pagi esoknya, kami melawat ke Lumut, Perak yang dikenali sebagai Pelancongan Maritim. Kami tiba di sana seawal jam 10.30 pagi. Banyak juga gerai-gerai yang telah dibuka. Kami hanya membeli belah di gerai Hasil Laut Jamilah, antara pengusaha melayu yang terkenal di situ. Kami borong ikan bilis, ikan kering, sotong kering, fridge magnet dan makanan ringan berasaskan hasil laut. Oleh kerana kesuntukan masa, kami hanya memborong kurang dari 1 jam.
Pengantin bersama adik dan adik sepupu
 Majlis di sebelah pengantin lelaki bermula pada jam 12.30 tengah hari. Alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti yang dirancang.
Rombongan pengantin perempuan
Keluarga pengantin perempuan
Makan damai
Acara memotong kek 3 tingkat. Besnya kek carrot..
Tahniah Zahra dan Faqih Aqili.. Semoga perkahwinan ini kekal selamanya..

1 comment: