Membuat Sarang Burung

      Aktiviti membuat sarang burung ini telah dijalankan pada bulan April yang lalu. Aktiviti ini telah dilakukan oleh murid-murid Tahun 5 Wawasan.

Barang-barang yang diperlukan ialah:
  • botol minyak 5 kg / botol mineral 10L
  • pisau pemotong
  • cat minyak
  • span
  • thinner
  • kertas surat khabar lama
  • rumput / daun kering
  • kad manila
Langkah-langkah:
  1. Lukis bulatan di atas botol plastik seperti gambar di bawah dan tebuk lubang dengan menggunakan pisau. Tebuk juga beberapa lubang kecil pada dasar botol menggunakan paku. 
  2. Cat botol plastik menggunakan span. Jemur sehingga cat kering.

Murid mengecat botol minyak
Murid menjemur botol minyak yang telah dicat

       3. Potong botol menjadi kepingan dan tampal menggunakan gam UHU pada rumah burung    
           sebagai atap.
       4. Masukkan rumput kering ke dalam botol plastik melalui lubang yang telah dibuat.
     
Murid memasukkan daun-daun kering
ke dalam sangkar

Sangkar burung yang telah diisi rumput kering


Wajah-wajah ceria

     Sepanjang tempoh menjalankan aktiviti ini, murid-murid telah memberikan kerjasama yang sangat menggalakkan. Mereka juga berasa sangat teruja untuk menyiapkan sangkar burung mereka.
Sangkar burung yang telah siap, akan digantung pada dahan-dahan pokok yang renek untuk dijadikan sebagai rumah burung. Murid-murid mencari tempat yang sesuai untuk menggantung sangkar burung mereka. 

Kumpulan 1
Kumpulan 2




















Kumpulan 3




Kumpulan 4

No comments:

Post a Comment