Kali terakhir saya menjejakkan kaki di sini ialah pada tahun 1995 sewaktu saya di Form 3 SMK Tun Perak, Jasin Melaka. Pada kali ini, saya berpeluang untuk membawa keluarga tercinta bersama-sama bercuti ke sini. Kami melalui jalan Simpang Pulai untuk sampai ke Cameron Highlands.
|
Laluan Simpang Pulai |
Laluan ini agak selesa dilalui kerana luas dan kurang bengkak bengkok. Anak saya yang kedua muntah juga sebab pening dan kurang selesa. Yang lain, ok.
|
Hotel Budget Camelia |
Kami menginap di Hotel Budget Camelia yang terletak di Tanah Rata. Harganya RM116 termasuk tax. Disebabkan terlewat booking, kami hanya dapat bilik yang tersedia 1 queen bed. Mujurlah kami ada membawa comfort dan extra pillow. Seawal 8.30 pagi, kami bergerak ke Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands. Kami singgah di kebun strawberi dulu..
Kami beli strawberi coklat dan aiskrim strawberi.
|
Lobah putih |
|
Kubis |
|
Pintu Masuk MARDI |
|
Brokoli |
|
Laman Dapur |
Gambar di atas menunjukkan tumbuhan yang terdapat di Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands. Inilah tempat pertama yang ingin dilawati oleh suami saya. Pada ketika ini, suhu di sini ialah 23C. Kami meluangkan masa hampir 45 minit di sini. Setelah penat berjalan-jalan di sekitar kawasan MARDI, kami singgah
shopping di kedai cenderahati MARDI.. Banyak la juga yang kami borong. Antaranya jem strawberi, coklat, kordial, dried strawberi.. nyum2x..
Setelah itu, kami ingin meneruskan perjalanan ke kebun teh pula. Pada mulanya, niat nak pergi kebun Boh Tea Garden, tetapi tidak jumpa jalannya. Kami bersepakat untuk singgah di Bharat Group. Tiba di sana, kami bertanya kepada pengunjung yang lain bagaimana cara untuk sampai di Boh Tea Garden.. Akhirnya, kami diberitahu jalan masuk ke Tea Boh Garden dari Bharat Group ialah melalui Habu.. Setelah melihat signboard di bawah, kami rasa teramat bersyukur kerana tidak datang ke CH sini pada hari Isnin, seperti perancangan awal. Kalau tidak, kempunan la untuk melawat ke Tea Boh Garden ni..
Signboard Boh Tea Garden
No comments:
Post a Comment