Alhamdulillah 11.10.2019 kami berpeluang untuk merancang percutian di Bentong Pahang. Tujuan utama kami bercuti di sini ialah untuk merasai kenikmatan lemang to'ki yang sering saya dengari. Kami memang berpuas hati dengan menu yang dihidangkan dan berharap dapat berkunjung ke sini lagi. Kami memang memilih tarikh cuti umum negeri Melaka, iaitu cuti TYT pada hari Jumaat untuk mengelakkan kesesakan di lemang to'ki. Maklumlah, kami membawa 5 askar bersama. Kami tiba di sini pada pukul 10.45 pagi dan orang masih tidak ramai lagi pada waktu itu.
Selain daripada menu lemang, di sini juga ada menyediakan menu ayam bakar yang enak dan nasi putih dengan pilihan aneka jenis lauk, terutamanya menu yang popular di Pahang seperti ikan patin tempoyak.
Harga set lemang yang ditawarkan memang berpatutan.
Setelah kenyang menjamu selera, pengunjung bolehlah bergambar di sekitar tempat ini. Banyak juga port yang boleh diabadikan kenangan di sini..
Delivery promptly and Nice foods. I willo go again lemang toki bentong
ReplyDeletelemang toki bentong